Jumaat, 25 November 2011

Masjid kampong keling

Masjid ini dibina tidak jauh ke belakang dengan masjid kampong hulu. Iaitu 1152 hijrah bersamaan 1748 masihi. Kemudian masjid ini diperbaharui dalam tahun 1288 hijrah bersamaan 1872 masihi dengan bangunan batu. Dalam tahun 1908  atap masjid ini ditinggikan mengikut kampon hulu.
Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang  ramai .

Masjid Tengkera


Masjid ini merupakan masjid lama yang terletak di Jalan Tengkera yang berdekatan dekat Jalan Gajah Berang. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah pertama kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga merupakan masjid kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Bangunan masjid ini bersegi empat dan ditutup oleh bumbung berlapis tiga. Bentuk seni bina masjid ini hampir menyerupai Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Demak di Pulau Jawa, Indonesia. Perkara yang ganjil tentang masjid ini ialah terdapat sebuah menara yang mempunyai seni bina yang sama dengan pagoda. Menaranya diperbuat daripada batu dan reka bentuknya jelas memperlihatkan kombinasi seni bina Cina dan India.

Pada asalnya, Masjid Tengkera ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Sumatera. Masjid ini telah diperbaharui beberapa kali iaitu pada tahun 1890 dan 1910.


Khamis, 24 November 2011

ISTANA KESULTANAN MELAKA




Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.
Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Ia terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.
Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Kota St. John

Ia telah dibina semula di Melaka oleh pihak Belanda semasa suku ketiga kurun ke-18. Kubu ini pernah menjadi gereja khas Portugis yang sempena St. John. Kubu ini mempunyai ciri menarik kerana meriamnya mengadap ke tanah besar kerana pada masa itu, serangan ke atas melaka datang terutamanya dari tanah besar berbanding dari arah laut di Selat Melaka.

Villa Sentosa

Villa Sentosa ialah sebuah rumah yang terletak di Kampung Morten, satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Dibina pada suku pertama abad ke-20 dengan gaya reka bentuk sezaman, rumah itu kemudian dijadikan sebuah muzium persendirian oleh pemiliknya, Tuan Hj. Hashim bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani.
Villa Sentosa mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang membawa pelawat kembali ke tahun "Akta Pembaharuan Tanah British 1920". Para pelawat boleh melihat koleksi pakaian, tenunan Melayu, perabot, senapang, dan pelbagai lagi tinggalan sejarah yang unik. Pelawat juga boleh menanyakan pemiliknya tentang maklumat tambahan

A Famosa

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.


BANGUNAN BERSEJARAH DI MELAKA

Bangunan Stadthuys
 
Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.